Okay. Straight to the point.
Buat kaum lelaki yang masih single, mesti hati kamu terasa jealous apabila melihat kawan kamu asyik berkepit dengan aweknya di alam realiti dan main komen manja-manja di Facebook.
Jadi, kamu pun nekad untuk mencari teman wanita. Masalahnya, kamu tak tahu apa langkah pertama yang perlu kamu buat untuk mencari teman wanita.
Langkah pertama yang kamu perlu lakukan untuk mencari teman wanita ialah mengenali jenis-jenis wanita yang berada dipasaran sekarang.
Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu, cuma ada satu jenis wanita. Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan kain batik. Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak bertentang mata dengan lelaki.
Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi saja KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai.
Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita singkap serba sedikit
Buat kaum lelaki yang masih single, mesti hati kamu terasa jealous apabila melihat kawan kamu asyik berkepit dengan aweknya di alam realiti dan main komen manja-manja di Facebook.
Jadi, kamu pun nekad untuk mencari teman wanita. Masalahnya, kamu tak tahu apa langkah pertama yang perlu kamu buat untuk mencari teman wanita.
Langkah pertama yang kamu perlu lakukan untuk mencari teman wanita ialah mengenali jenis-jenis wanita yang berada dipasaran sekarang.
Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu, cuma ada satu jenis wanita. Semua jenis pakai baju kurung dan menutup rambut dengan kain batik. Kalau dating pun jenis berbual belakang pokok. Jenis segan nak bertentang mata dengan lelaki.
Kalau nak tengok wanita zaman dulu yang seksi sikit, kena intai masa mereka cuci baju dekat tepi sungai. Confirm berkemban. Zaman sekarang, pergi saja KLCC, One Utama dan The Curve, bersepah perempuan seksi. Semuanya berkemban walaupun tak pergi cuci baju tepi sungai.
Jadi, apa jenis-jenis wanita zaman sekarang? Mari kita singkap serba sedikit
Jenis Kaki Shopping
Teman wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para
lelaki di luar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji
di bawah RM 3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM 3,000 di Kuala
Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.
Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita terkini
tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga
mempuyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila
mula dan bila berakhir kempen sales tersebut.
Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah lelaki yang
memandu kereta import yang bernilai RM 100,000 ke atas. Namun pilihan
paling utama ialah lelaki dari golongan anak dato, anak tan sri atau
anak kepada ahli politik (tanpa mengira apa parti si ayah).
Kalau berdating, shopping complex akan menjadi lokasi pilihan utama.
Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis kaki shopping mestilah rajin
berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan
teman wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat
segala beg shopping teman wanita anda.
Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan
teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka
dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.
Jenis Perempuan Lasak
Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai
tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan
menyerupai lelaki. Dan kadang kala tingkah laku mereka juga keras
seperti seorang lelaki.
Perempuan hot yang memakai seluar tight paras lutut dan baju Baby-T
ketat dan sering berjogging di tasik bukan tergolong dalam kategori ini.
Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah
mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat gunung, bercamping,
wall climbing dan berfutsal (lebih-lebih lagi perempuan generasi pasca Gol dan Gincu) adalah aktiviti kegemaran mereka.
Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku
seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah
fenomena biasa bagi mereka.
Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati
mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik
dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?
Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak. Yang pertama,
lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerena mereka
mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama.
Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di
tasik untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar
mereka berbual perkara romantik sambil wall climbing.
Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd.
Ada jugalah 2-3 orang kawan aku yang bersifat nerd yang mempunyai teman
wanita yang lasak. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka? Mungkin
mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta
dengan diri sendiri. Kadang-kadang susah juga nak dibezakan yang mana
satu si balak yang mana satu si awek bila melihat personaliti dan
kelakuan pasangan ini.
Jenis Ratu Air Mata
Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.
Mereka akan mengangis bila menonton filem atau drama Korea. Mereka akan
menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan... ataupun
result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibubapa
mereka sekali.
Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda
romantik kepada mereka.... Dan jumlah air mata akan meningkat tiga kali
ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka.
Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar. Mereka
akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan mendirikan rumah
tangga. Juga menangis kegembiraan selepas Justin Bieber putus dengan
Selena Gomez. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila
menonton Berita RTM Pukul 8 Malam kerana sedih melihat pembaca berita
RTM masih kekal ditakuk lama cara penyampaian mereka berbanding stesen
televisyen yang lain.
Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan jiwa yang
sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan
perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali
perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan
tangisan tersebut. Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Puchong
tempoh hari.
Taktik "Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang awek saya"
adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak
menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.
Jenis Perempuan Gedik
Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.
Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau
sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan
annoying di hati orang lain.
Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore.
Profile picture mereka di lama sosial biasanya merupakan gambar yang
diambil mereka sendiri di atas katil atau di dalam tandas sambil sebelah
tangan membuat tanda "peace" dan mulut membuat "duck face".
Mereka suka mencairkan hati lelaki - tak kiralah siapa pun lelaki
tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM
(terutamanya pak guard UiTM Segamat yang macam hilang pedoman bila
ternampak Hanis Zalikha). Nada lenggok suara yang manja dan sedikit
mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.
Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka sangat peka
dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini
sehingga kadang kala menjadi fashion victim.
Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan.
Sebagai contoh, jika mereka bersedih mereka akan post pada timeline Facebook mereka "Caya cedih cangat ari niew."
Maka ramailah lelaki gasang yang akan membalas "Jangan sedih sangat. Nanti hilang muka you yang lawa tu", "Tak mo sedih-sedih, meh abang temankan", "Don't be sad. Stay cute :)" dan sewaktu dengannya.
Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan gedik dan selalu berkata, "Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau". Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, "Wow! Memang hot! Aku pun nak awek macam tu!"
Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah perempuan yang
paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan
setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari
pengalaman abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan
gedik.
Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang komen.
Jenis Perempuan Tudung Labuh
Perempuan tudung labuh biasanya memakai tudung labuh (obviously. Tak kan
pakai mini skirt pulak). Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang
mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama
nya.
Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang
bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan
perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.
Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka
ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain. Tapi
jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin Bieber.
Well, girls will be girls.
Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca
Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada bagi
lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.
Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista dengan perempuan
tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung yang
dipakai oleh awek-awek hijabster tidak memenuhi syariat dan tidak sama
kasta dengan mereka.
Jenis Valley Girl
Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap
dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa
Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik
(mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang
lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi
kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.
Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud
pada sekitar tahun 80'an dan berakhir pada era awal 90'an. Masih ada
golongan yang mendukung fahaman Valley Girl di Amerika. Tapi di
Malaysia, fenomena Valley Girl masih popular.
Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang
yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping, tapi
hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya,
barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka
kepada jenis golongan perempuan kaki shopping.
Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG!
Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta
ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai
maksud perkataan tersebut.
Untuk memahami sifat-sifat Valley Girl secara mendalam, aku sarankan kamu menonton filem Valley Girl
lakonan Deborah foreman menjadi watak perempuan Valley Girl dan Nicolas
Cage menjadi sang heronya. Filem ini diterbitkan pada tahun 1983.
Ataupun anda boleh menonton Clueless,
lakonan Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai
Valley Girl lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak
mencari yang original memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak
payahlah berlakon jadi manusia bersifat suci, nak cari DVD original
pulak. Dasar kaki download!
Alicia Silverstone sebagai seorang Valley Girl bernama Cher Horowitz dalam filem Clueless |
Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar.
Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang
mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan
perasaan orang lain.
Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland),
Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel. Ya, jangan sangka
tiada Valley Girl versi yahudi.
Jenis Diva
Mungkin ada yang berkata, "Bukan ke Diva ni lebih kurang Valley Girl je?" Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).
Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan
Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar
bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.
Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang
mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk
dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh
wujud dengan seorang individu sahaja.
Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak
sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan
tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji
si ketua Diva untuk ego boost beliau.
Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada.
Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di
sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.
Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan yang
lemah - biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak
membuli orang lain).
Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik
dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka
akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.
Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot
dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara
terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah
mereka akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.
Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari
Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.
Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau kolej ialah
cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah pula
ya adik-adik cheerleader sekalian).
Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.
Jenis Perempuan Melayu Terakhir
Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu
samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak
pernanh tinggal sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat
mengalahkan syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia
inginkan pasangan yang baik kan?
Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut
pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat
kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung.
Baju kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung
lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.
Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan
yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja
pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut
dengan hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa
buat show sahaja.
Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.
Jenis Bohsia
Jenis bohsia adalah perempuan yan gselalu bertenggek dimotor Mat Rempit.
Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah
pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi
video 3gp lakonan mereka sendiri.
Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.
Jenis "Perasan" Korea
Trend ini bermula pada awal era 2000'an apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula.
Dan pada tahun 2009 (kalau tak salah aku) bermulalah pula era demam K-Pop. Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih walaupun Bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan Bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun.
Selepas menghafal lirik lagu dan belajar Bahasa Korea, mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini. Hasilnya, anda boleh lihat hanya denga klik di sini.
Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri kurang yakin samada itu lelaki ataupun perempuan.
Syukur perempuan jenis ini tidak wujud semasa zaman aku study. Syukur sangat.
==========
Itu saja pemerhatian aku untuk kali ini. Ada apa-apa kategori yang aku
tertinggal? Sila tulis di ruang komen. Manalah tahu aku boleh buat
entri part 2 pulak nanti.
Sekian.
Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar