Daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu
orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu
adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
KEPENTINGAN HADIS
Kepentingan
hadis tersebut ialah Rasulullah mendorong menahan emosi ataupun jiwa dan tidak
marah dengan menjelaskan pahala orang yang memiliki sifat mulia tersebut. Imam
Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah
bersabda,”Tidak ada teguran yang lebih dicintai Allah dari teguran kemarahan
yang ditahan oleh seorang hamba tidak menahannya karena Allah kecuali pasti
Allah akan memenuhi jiwanya dengan iman.”
Ibnu
Katsir setelah menuturkan hadis tersebut berkata,”Imam Ahmad meriwayatkan
sendirian dan sanadnya hasan, tidak ada yang cacat, dan matanya hasan.
“Rasulullah bersabda, “Siapa yang menahan amarah dan ia mampu untuk
meampiaskannya, maka ia akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan
menyuruhnya memilih bidadari mana yang ia suka.”
MARAH
Marah
itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di
dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada. Demikian pendapat
Al-Jurjani, Marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan kepada orang yang
dimarahi. Maka lawan marah itu ialah redha.
Sesungguhnya
Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu
tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang,
nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu
mengalir kepada saraf dang menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya
sebagaimana menggelegaknya api dan sebagaimana menggelegaknya air yang
dipanaskan di dalam periuk. Lalu muka dan matanya menjadi merah, semantara di
sebalik kulitnya membayangkan warna merah.
Adapun
kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati. Ertinya darah hati menggelegak
untuk menuntut balas, dan kekuatan marah itu digunakan untuk menolak apa yang
menyakitkan hatinya sebelum marahnya terjadi dan untuk menyembuhkan dan
menuntut balas sesudah marahnya terjadi. Menuntut balas adalah makanan kekuatan
tersebut dan keinginannya, kerana dengan menuntut balas akan terhasil
kelegaannya, dan dia tidak akan tenteram melainkan dengan menuntut balas atau
membalas dendam.
Kekuatan
marah itu terbahagi kepada tiga peringakat iaitu:
1.Tafrith (Ketiadaan sifat
marah).
2.Ifrath (Sifat marah yang
melampau).
. 3.I’tidal (Pertengahan
antara marah dan tidak marah).
TAFRITH
Tafrith
ialah tidak adanya kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah
itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu orang itu dikatakan
tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Imam Syaf’ie berkata:” Orang yang
diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah,
maka orang itu seperti keldai”.
Allah
telah mensifatkan para sahabat Nabi dengan terkadang-kadang bersifat keras dan
berperasaan cemburu atas diri.
Yang
dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda
kekuatan cemburu dalam diri iaitu yang mentebabkan sifat marah.
Hasil
sifat marah yang lemah ini ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk
menentang sesuatu yang mengganggu kehoramatan peribadi dan kehoramatan isteri.
Dia bersifat acuh tak acuh sahaja ketiak peribadnya dihina-hinakan oleh
orang-orang yang rendah budinya. Dia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah
untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain.
IFRATH
Ifrath
adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampui batas kebijaksanan akal
dan agama. Orang seperti ini buta dan tuli dalam menerima setiap
pengajaran. Apabila dia diberi nasihat, nescaya tidak akan didengarnya,
bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahaya dari sinar
akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya
kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap
kemarahannya.
Di
antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar
kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak
geri tidak menentu arah, percakapan bercampur suara marah keluar dari
rahangnya, mata merah padam dan lubang hidung kembang kuncup.
Adapun
tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah ialah kelancangan lidah ketika
mennyebutkan caci maki.
I’TIDAL
I’tidal
adalah sifat marah yang sederhana. Maka siapa yang marahnya terlalu lemah,
sewajarnyalah dia mengubati dirinya sehingga menjadi kuat marahnya iaitu sifat
marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama, dan siapa yang
marahnya terlalu berlebih-lebihan, maka sewajarnyalah dia mengubati dirinya
supaya berkurang kemarahannya sehingga dia berada di tengah-tengah di antara
marah yang sangat lemah dan marah yang berlebih-lebihan, dan marah yang
sederhana ini adalah jalan yang lurus.
TINGKATAN-TINGKATAN
MARAH.
Tingkatan
marah itu ada tiga menurut Ibn Al-Qayyim, iaitu :-
- Marah taraf permulaan iaitu sekadar marah sahaja.
-
Orang yang marah di peringkat permulaan masih menyedari apa yang diucapkannya
dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan akibat-akibat yang akan timbul.
- Marah yang bersangatan.
-
Marah di peringkat ini sudah sama dengan orang kemasukan syaitan atau orang
gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang
diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari akibat
yang akan timbul.
- Marah taraf pertengahan.
-
Orang yang betul-betul marah, tetapi masih menyedari perbuatan dan
percakapannya. Dengan perkataan lain marah yang mempunyai rasa malu dan rasa
takut.
JENIS-JENIS
MARAH.
Marah
mengikut sebab-sebab penggeraknya kadang-kadang dipuji dan kadang-kadang
dicela. Sifat marah yang terpuji ialah marah yang diluahkan kerana membela
kebenaran dan agama, dan marah kerana menegah kemungkaran dan perkara-perkara
haram.
Sementara
marah yang tercela itu pula ialah marah pada jalan yang salah, yang dinyalakan
oleh kesombongan dan keangkuhan.
KESAN-KESAN
MARAH DALAM TINDAKAN ORANG MARAH.
Kebanyakan
ulama fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala
perbuatannya semasa dia marah, dan diambil lira apa-apa saja perbuatan yang
lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir,
membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya.
Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya :
Hadith
Khaulah binti Tha’labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan
“Suaminya telah marah lalu dia menziharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi
berjumpa Nabi lalu memberitahu kepada Baginda perkara itu dan berkata:
“Dia
tidak bermaksud untuk menthalaqku”.
Maka
nabi bersabda:
“Aku
tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menhadi haram ke atasnya”.
Di
dalam hadith ini Allah telah menjadikan thalaq sebagai zhihar, dan thalaq itu
jatuh walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu
marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku thalaq kerana hilang akalnya. Dalam
keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh thalaq yang lahir
dari seorang gila.
Oleh
yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah
merosakkan sesiatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut
berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada
perbuatannya itu. Lain-lain contoh diantaranya:
-
Sekiranya dia melafadzkan lafadz kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah
dia bertaubat.
-
Sekiranya dia membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan qishah.
-
Sekiranya dia menthalaq isterinya, maka jatuh thalaqnya itu.
MENAHAN
DIRI DARIPADA MARAH.
Seorang
ulama fiqh, Nur bin Muhammad berkata: seorang muslim hendaklah bersifat lemah
lembut dan sabar kerana ia adalah salah satu sifat orang-orang bertaqwa.
Sebagaimana
firman Allah:
“Dalam
pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang
terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki
diambil berat (melakukannya)”.
Sementara
itu ada hadith-hadith Nabi yang menyebutkan :
“Sesungguhnya
seorang lelaki telah berkata kepada nabi. “Berpesanlah kepadaku”. Nabi
bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulang lagi, lalu Baginda
menjawab: “Jangan marah!”
Wahab
bin Munabbih menceritakan bahawa syaitan mahu menyesatkan seorang ahli ibadat
Bani Israel, akan tetapi syaitan itu tidak Berjaya. Pada satu hari ahli ibadat
ini keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar
bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha
menyesatkannya dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi
tidak berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu
dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hamper mengenai ahli
ibadat itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itu pun menyingkir
daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa. Lalu ahli ibadat itu
berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu.
Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ibadat itu sedang
sembahyang. Ular itu melilit kaki dan badannya sehingga ke kepalanya. Apabila
ahli ibadat itu hendak sujud, ular itu berlingkar di mukanya dan apabila dia hendak
meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan
kepalanya, lalu ahli ibadat itu pun miring ke tempat lain untuk membolehkan
sujud. Apabila ahli ibadat itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya,
maka syaitan menemuinya dan berkata:
“Aku
telah melakukan itu dan ini tapi aku tidak Berjaya memperdayakan mu, maka mulai
sekarang aku mahu menjadi sahabatmu dan aku tidak akan menyesatkanmu”.
Maka
ahli ibadat menjawab:
“Sebagaimana
aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu
jugalah hari ini aki tidak ingin bersahabat denganmu”
Lalu
syaitan berkata:
“Tidak
engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudahmu?”.
Ahli
ibdata menjawab:
“Aku
telah mati bersama mereka”.
Kemudian
syaitan berkata:
“Tidakkah
engkau mahu bertanya padaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak
Adam?”.
Ahli
ibadat menjawab:
“Ya,
khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam”.
Syaitan
berkata:
“Dengan
tiga perkara Bakhil, marah dan mabuk.
-
Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada
pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan
hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang
lain.
-
Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami
sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka.
Meskipun dia boleh menghidupkan orang mati dengan doanya nescaya kami tidak
akan berputus asa daripada menggodanya, sesungguhnya dia dibangunkan dan
dihancurkan dengan satu perkataan sahaja.
-
Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana
dipimpin seekor kambing melalui telinganya mnurut sesuka hati kami.
Hasil
daripada cerita ini, syaitan telah memberitahu ahli ibadat itu bahawa orang
yang marah sesungguhnya dia berada di tangan syaitan seperti bola berada di
tangan kanak-kanak. Jadi syaitan dengan sewenang-wenangnya dapat
mempermain-mainkan orang yang sedang marah tadi, maka disarankanlah pada
orang-orang yang marah supaya agar bersabar supaya dia tidak menjadi tawanan
syaitan dan supaya tidak hangus amalannya.
Diriwayatkan
juga bahawa iblis teleh menjumpai Nabi Musa lalu dia berkata:
“Engkau
telah dipilih untuk menyampaikan risalah Tuhanmu dan dia telah bercakap-cakap
denganmu, sesungguhnya aku adalah salah satu daripada makhluknya, aku mahu
bertaubat kepada Tuhanmu, maka engkau mohonlah kepadanya supaya dia mengampunku”.
Nabi
musa pun gembira apabila mendengar permintaan iblis itu, lalu dia pun meminta
air kemudian berwudhu dan seterusnya bersembahyang, kemudian dia berkata:
“Sesungguhnya
iblis salah satu daripada makhlukmu memohon keampunan daripadamu maka ampunkanlah
dia”.
Lalu
Allah berfirman kepada nabi Musa:
“wahai
Musa, sesungguhnya dia tidak bertaubat”.
Kemudian
Nabi Musa berkata:
“Wahai
Tuhanku memang benar dia mahu bertaubat”.
Maka
Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Musa:
“sesungguhnya
aku mendengar permohonanmu wahai Musa, suruhlah dia(Iblis) bersujud di kubur
nabi Adam, nescaya aku akan mengampunkannya”.
Maka
Nabi Musa pun balik dengan gembira dan memberitahu kepada iblis perkara itu,
iblis menjadi marah dan sombong lalu berkata:
“Aku
tidak sekali-kali sujud kepadanya semasa dia hidup, adakah patut aku sujud
sesudah dia mati! Wahai Musa sesungguhnya engkau mempunyai hak ke atasku dengan
pertolongan yang engkau berikan kepadaku, maka aku wasiatkan kepadamu dengan
tiga perkara:
“Ingatlah
aku ketika melakukan tiga perkara:
-
Ingatlah aku ketika engkau marah, sesungguhnya aku berada di dalam hatimu
mengikut mengalirnya darah di pembuluh darah.
-
Dan ingatlah aku ketika menemui musuh di dalam pertempuran, sesungguhnya aku ketika
seseorang itu menemui musuh, aku akan mengingatkannya kepada isteri, keluarga,
harta dan anaknya sehingga dia berpatah baluk dari pertempuran.
-
Dan jauhilah dari mendampingi perepuan yang bukan mahram, kerana sesungguhnya,
aku adalah utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya”.
Adalah
diriwayatkan juga daripada Rasulullah bahawa:
“Apabila
pecah gigi depan Baginda semasa perang Uhud, sahabat merasa geram dan kesal
dengan keadaan Baginda itu lalu mereka berkata:
“Wahai
Rasulullah, jika engkau memohon kepada Allah untuk membalas mereka dan dengan
apa yang mereka lakukan ke atasmu, bagaimana pendapatmu?”.
Maka
Rasulullah Bersabda:
“Sesungguhnya
aku tidak diutus untuk menjadi seorang pelaknat, tetapi aku diutus sebagai
seorang pendakwah dan pembawa rahmat, Wahai Tuhanku, berikanlah hidayatmu
kepada kaumku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tidak mengetahui”.
Rasulullah
bersabda: “Sesiapa yang menegah lidahnya dari menjatuhkan maruah orang-orang
Islam, nescaya Allah akan membatalkan kejatuhannya pada hari kiamat, dan
sesiapa yang menagah kemarahannya, nescaya Allah akan menghentikan kemurkannya
kepadanya pada hari kiamat”
BAGAIMANA
MENGHILANGKAN SIFAT MARAH.
Sebenarnya
seseorang itu tidak akan kekal menyintai atau menyukai sesuatu dan membenci
sesuatu. Jesteru itu dia tidak terlepas dari perasaan meradang dan marah.
Selama mana sesuatu perkara itu bersesuian dengannya atau menyalahinya, maka
tidak boleh tidak sudah tentu dia mentukai apa yang bersesuian dengannya dan
membenci apa yang menyalahinya yang mana akan disusulinya dengan sifat marah.
Sesungguhnya seseorang itu apabila diambil apa yang disukainya, sudah pasti
jugadia akan marah. Maka apa-apa yang disukai oleh seseorang itu terbahagi
kepada tiga bahagian:
Pertama: Apa
yang penting kepada seseorang amnya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian
dan kesihata. Jadi sesiapa yang dipukul badannya, tidak boleh tidak pasti dia
akan marah. Begitu juga apabila diambil pakaian yang menutup auratnya, sudah
pasti dia akan marah.
Kedua: Apa
yang kurang penting bagi seseorang seperti kemegahan, harta banyak, dan
binatang ternak. Semua yang tersebut ini adalah disukai menurut kesukaan.
Ketiga: Hal
yang mustahak pada sebahagian orang, tidak pada sebahagian orang yang lain
seperti buku pada orang yang berilmu kerana ia memerlukan buku itu lalu dia
menyukainya, maka dia akan marah kepada orang yang membakar buku itu.
Adapun
bahagian yang pertama, maka latihan yang dilakukan untuk menghilangkan sifat
marah tidaklah bererti untuk menghapuskan kemarahan sama sekali, akan tetapi
untuk dia tidak mengikuti nafsu marahnya melainkan batas-batas yang dianjurkan
oleh agama dan dipandang baik oleh akal.
Jadi
untuk mengalihkan kemarahan dari hati itu, mungkin tidak akan tejadi kerana ia
bukan kehendak tabiatnya, tetapi hanyalah untuk mengurangi sifat marahnya
sahaja.
Untuk
bahagian yang ketiga, samalah keadaannya dengan yang pertama, kerana apa yang
menjadi satu dharuri atau kepentingan kepada seseorang, tidak dapat
menghalangnya dari bersifat marah, lantaran orang lain tidak memerlukan
kepentingan yang diambil daripadanya itu. Jadi latihan yang dilakukan, dapat
melemah dan mengurangkan kemarahannya sehingga dia tidak merasa terlalu pedih
di atas kehilangan sesiatu daripadannya dan dia dapat bersabar menerima apa yang
telah berlaku.
Sementara
bahagian yang kedua pula, kemarahan mungkin dapat dihilangkan melalui latihan,
kerana kesukaannya terhadap sesiatu seperti harta yang banyak dapat dibuang
apabila dia memahami bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja
dan kehidupan di akhirat jua yang kekal abadi. Jadi dengan cara ini dia akan
mencari harta di dunia ini mengikut kadar keperluan sahaja.
SEBAB-SEBAB
YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN.
Sebab-sebab
yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka
bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka
bermusuhan, menyalahi janji dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah
budi perkerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan
terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang
tersebut. Jadi untuk menghilankan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu
tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya.
Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk
menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia
menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja.
Adapun
sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan
dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama. Begitu jug sikap
membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari
keutamaan dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat
menjamin kebahagiannya di akhirat kelak.
Sifat
mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan dan sifat memalukan
orang dapat dihilangkan dengan besifat menjaga lidah dari perkataan keji.
Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat
dengan lawannya.
Apabila
sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia
dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada
dirinya.
KESAN-KESAN
MARAH YANG DICELA.
Sifat
suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika
seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah
kesan-kesan yang memudaharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat
umumnya.
Adapun
kemudaharatan terhadapa dirinya, dapat diketahui apabila kita menggambarkan
keadaan seseorang yang sedang marah. Raut wajahnya berubah, darahnya meluap,
anggotannya menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam
kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata-kata keji,
mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata-kata haram yang boleh
mengeluarkannya daripada Islam seperti lafadz kufur, mencela agama dan
seumpamanya. Selain daripada itu, seseorang yang cepat marah itu akan melakukan
tindakan-tindakan yang diluar dugaan yang berkemungkinan akan melibatkan
kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.
Adapun
kemudahratan terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki di dalam diri
dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang. Ia boleh membawa kepada
perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka
ditimpa musibah.
Seterusnya
akan mencetuskan permusuhan dan kebecian di antara sesama manusia. Dengan itu
juga, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat.
Ada
seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat
membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain. Mungkin kita
menyedari bahawa perbuatan itu salah, tetapi oleh kerana terlalu terpengaruh
oleh marah tadi, sehingga kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang
diucapkan oleh lidah. Kata-kata itu seperti melaknati orang,
menyundal-nyundalkan irang mencelakakan irang dan sebagainya. Sebab jika kita
menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah
kita telah menuduhnya dengan ucapan kita itu. Andaikata apa yang diucapkan itu
memang benar, nescaya kita telah melanggar perintah menyuruh kita menutup
segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah
berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar.
Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi.
Ada
setengah ulama menganggap ucapan-ucapan seperti “sial”, “laknat”, “celaka” dan
seumpamanya sebaga doa, kerana ada sebuah hadith saripada Rasulullah yang
melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang
yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran
Allah. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan
kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu.
Diriwayatkan
dari Jabir Radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Suatu masa kami bersama-sama
Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Anshar merasa
tidak selasa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah
binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Anshar itu lalu
bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut
bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda
lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas
anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat
doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan
akan dikabulkan”.
BAGAIMANA
MENGENDALIKAN MARAH.
Sebenarnya
penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan
amal.
Mengubati
marah dengan ilmu itu ada enam perkara:
Pertama: Dengan
bertafakkur memikirkan kisah-kisah teladan yang menyentuh tentang buruk baiknya
bersifat marah, berfikir tentang keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan
berlemah lembut. Dengan cara ini, akan menjadikannya gemar dan suka kepada
pahala yang bakal diperolehinya dari menghiasi diri dengan sifat-sifat tadi.
Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah.
Kedua: dengan
cara seseorang itu menakutkan dirinya kepada siksaan Allah dengan
berkepercayaan bhawa kekuasaan Allah keatas dirinya lebih besar dari
kekuasaannya ke atas manusia lain.
Ketiga: Dengan
mengingatkan diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam.
Keempat: Dengan
berfikir tentang bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir tentang
betapa kejinya sifat marah itu.
Kelima: Dengan
berfikir tentang sebab yang membawanya kepada kemarahan.
Keenam: Dengan
menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap membanggakan diri
sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.
Sementara
itu mengubati marah dengan amal perbuatan pula di antaranya ialah:
Dengan
membaca:
Yang
bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.
Inilah
ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah ketika marah.
Begitu
juga sunat dibaca doa ini ketika marah:
Ertinya:
“Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan
hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.
Jika
kemarahan itu tidak hilang dengan membaca yang demikian, maka hendaklah
seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring
jika dia marah dalam keadaan dia sedang didik, dan dekatkanlah diri dengan
bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan
dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.
Rasulullah
bersabda yang maksudnya:
“Ingatlah
sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau
melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak?
Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia
melekakan dirinya ke bumi
Selain
daripada itu, cara mengilangkan penyakit marah itu juga ialah dengan mendiamkan
diri, Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Apabila
seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.
Oleh
kerana kesan-kesan yang tercela yang ditimbulkan oleh sifat marah itu, maka
Rasulullah telah menganjurkan kepada umat manusia supaya jangan suka marah.
Sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa yang baik kepada diri. Malah ia
akan menyebabkan berbagai-bagai bencana terutama sekali perasaan marah itu
diletakkan bukan pada tempatnya.
Selain
itu, orang yang suka marah itu sering di tunggangi oleh syaitan yang memaksakan
kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang yang menurut kehendak syaitan
itu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar