Jika mendengar perkataan ini
pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang
cinta yang terkandas.
Tentang cinta yang putus
sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang
sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat
”Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati“
Hati sanubari kita
kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama
“patah hati”.
Tiada istilah lain kah yang
lebih sedap?
Tapi yang penting
adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi
tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si
dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan
airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah
hati itu juga sinonim dengan hikmah:
- Seharusnya
kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis,
itu ertinya kita masih ada hati kan?
Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif,
yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka.
Dan airmata yang mengalir ini
dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana
airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.
Menangislah kerana mencintai
ALLAH pada saat kita bersendiri.
Airmata ini lebih bernilai
pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis
kerananya
♥ ‘fabiayyi ala irobbikuma
tukazziban ♥
Maka nikmat yang mana lagikah
yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini,
ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat
ALLAH di balik kata patah hati ini?
Cuba bayangkan, pada saat
jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga
kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca
berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya.
Tetapi seberapa kali kita
membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al Quran?
Dan kini setelah tak ada lagi
sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang
teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita
kepada cintanya ALLAH.
Apa ada cinta yang lebih
indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana
lagikah yang sanggup kita dustakan?
Disebalik patah hati ini
ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta
melebihi menyembah dan memuji ALLAH.
Nauzubillahimindzalik.
Cinta tak salah, tetapi
mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada
mencintai ALLAH.
”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha
membolak balikan hati dan keadaan.
Jika hari ini ALLAH masih
mengirimkan cinta maka janganlah
menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik
berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil
telefon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan
ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan
bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta,
maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH
lebih mencintai kita dari pada si dia,
Terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat,
limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH.
Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah,
cukup rasanya hidup ini !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar