Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka
untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan
mata yang berjaga malam di jalan Allah”.
[HR: Tirmidzi]
Menangis adalah fitrah yang mana juga adalah muara kepada sebuah
perasaan. Allah tidak menciptakan air mata tanpa fungsi. Namun, apakah
tangisan yang hadir itu tulus kerana-Nya? Banyak tangisan atau titisan
air mata yang bernilai sia-sia, hampa, tanpa pahala, bahkan terkadang
bernilai dusta dan dosa yang akan mengakibatkan pelakunya mendapatkan
murka Allah SWT.
Daripada petikan hadis di atas, tangisan atau mata yang akan terlepas dari nyala api neraka selama-lamanya adalah :
Pertama : Mata yang menangis kerana takut kepada Allah
Jenis mata yang pertama ini tidak dimiliki oleh kebanyakan orang. Orang
yang memiliki mata ini tidak akan mampu menitiskan air matanya, kecuali
pabila jiwanya bersih, roh dan hatinya jernih diiringi dengan rasa
takut kepada Allah SWT, yang demikian ini akan memudahkan mengalirnya
air mata taqwa, bukan air mata palsu yang penuh dengan kepura-puraan.
Menangis kerana takut kepada Allah adalah di antara sifat orang-orang
Mukmin. Dan orang yang tidak mampu untuk mengalirkan air matanya karena
takut kepada Allah adalah pemilik hati yang sangat keras, hati yang
sangat keras ini disebabkan banyaknya dosa, dan banyaknya dosa di
antaranya disebabkan dari makanan yang dimakan dengan cara yang tidak
halal, makan makanan yang haram kerana lupa akan kematian, lupa akan
kematian kerana terlalu jauh berangan-angan, panjangnya angan-angan
kerana cinta dunia, dan cinta dunia pula adalah pangkal dari segala
kekeliruan.
Allah SWT memuji orang-orang suka menangis karena takut kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya dalam Al-Quran :
“إِنَّ الذِّيْنَ أُوْتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى
عَلَيْهِمْ يَخِرُّوْنَ لِلأَذْقَانِ سُجَّدًا. وَيَقُوْلُوْنَ سُبْحَانَ
رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُوْلاً. وَيَخِرُّوْنَ
لِلأَذْقَانِ يَبْكُوْنَ وَيَزِيْدُهُمْ خُشُوْعًا”.
“Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan sebelumnya
apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah
mereka sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami,
sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. Dan mereka menyungkurkan
wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu”. [ Al-Isra :
107-109]
Menangis kerana takut kepada Allah SWT memiliki keutamaan yang sangat agung di sisi Allah SWT :
Rasulullah SAW bersabda :
لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ تَعَالَى حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ…”.
“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada
Allah, hingga susu kembali ke payudara”. [HR : Tirmidzi dan Nasa’i]
Abdullah bin Umar RA berkata : “ Menangis kerana takut kepada Allah lebih aku sukai daripada aku berinfaq sebesar seribu dinar”.
Ada banyak jenis tangisan, diantaranya seperti yang di sebutkan oleh
Yazid bin Maisarah rahimahullah, beliau berkata : “Menangis itu ada
tujuh macam : Menangis kerana bahagia, menangis kerana sedih, ketakutan,
riya, kesakitan, syukur dan menangis kerana takut kepada Allah ta’ala,
menangis kerana takut kepada Allah inilah yang akan dapat memadamkan
api yang besarnya seluas lautan”.
Rasulullah SAW bersabda :
“لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ :
قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوْعِ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تَهْرَاقُ فِيْ
سَبِيْلِ اللهِ…”.
“Tidak ada sesuatu yang lebih Allah sukai selain dua titis dan dua
jejak, titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang
mengalir di jalan Allah”
[HR :Tirmidzi]
[HR :Tirmidzi]
Kedua : Mata yang berjaga malam di jalan Allah
Jenis mata yang kedua ini juga tidak akan disentuh api neraka, kerana
sanggup mengorbankan sisa malamnya dengan mendekatkan diri kepada Allah,
di mana pada waktu sama orang lain masih pulas tidur di pembaringan.
Demikian sebagaimana di sebutkan dalam hadis di atas.
Dua mata ini pula yang pada hari kiamat kelak akan mendapatkan suatu
naungan yang tidak akan ada naungan melainkan hanya naungan Allah SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar